Majlis Konvokesyen Ke-43 UTM telah berlangsung dengan meriahnya selama 5 hari bermula 15 Ogos yang lalu. Seramai 39 orang graduan menerima PhD, 636 graduan menerima Ijazah Sarjana, 3945 graduan menerima Ijazah Sarjana Muda dan 1442 graduan menerima Diploma.
Sebahagian ahli Persatuan Silat Cekak UTMKL turut menerima Diploma dalam bidang masing-masing dalam Majlis Konvokesyen tersebut, yang mana sebahagian mereka mendapat Diploma Kelas Pertama. Seluruh ahli Persatuan Silat Cekak UTMKL merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada mereka, semoga akan sentiasa mendapat kejayaan dan dimudahkan setiap urusan. Diharapkan kejayaan mereka ini menjadi pembakar semangat kepada ahli-ahli yang lain agar turut cemerlang bukan sahaja dalam bidang persilata, bahkan juga bidang akademik.
Tahniah pada semua.